CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 24 January 2012

Menangis itu cengeng?

Menangis itu cengeng? kalau menangis di atas tikar sejadah? kalau menangis semasa solat? kalau menangis semasa membaca Al-Quran? kalau menangis kerana menyebut nama Allah? kalau menangis kerana takut dengan azab Allah? & the list goes on an on and on and on... itu semua di kira cengeng jugak? 

*S u b h a n a l l a h*

Diharuskan menangis dalam solat kerana takutkan Allah SWT, takut akan seksanya serta takut amalan tidak diterima oleh-Nya. Ia merupakan sifat ahli takwa, yang sentiasa mendambakan keredaan dah kasih sayang-Nya yang Maha Agung.
Tidak semua kita yang mampu mengalirkan air mata dalam solat. Malahan hanya sedikit yang menangis dalam solat. Tangisan dalam solat sangat bermakna di hadapan Allah SWT.
Menangis dalam solat adalah antara ciri orang yang beriman kepada Allah swt, firman-Nya yang bermaksud: …apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (Maryam: 58) - Sources : http://darululumonline.wordpress.com/2011/09/11/hukum-menangis-dalam-solat/